Sampah - Jamal Ismail
Sampaholeh Jamal Ismail
KAWACA.COM | Aku berdiri di lorong ini, merasai, hari memang masih pagi. Perasaan ini, bukan dari kebiasaan yang disandarkan pada kicauan burung yang telah tiada atau kokokan ayam yang hilang entah ke mana, tapi dari keadaan yang disogokkan oleh lorong tempatku berdiri di hari yang masih pagi ini.
Cahaya dari lentera yang tercegat di kiri kanan lorong beraspal merekah ini, masih berkuasa di dalam kesamarannya. Dan bunyi tong-tong sampah berlaga apabila diletakkan semula oleh tangan-tangan pekerja-gaji-hari di tempat asalnya, lebih meyakinkan kepercayaanku hari memang masih pagi.
Bontot-bontot bas, menerankan asap hitam pekat dan aku, bergegas mahu ke kilang. Sebuah lori sampah yang besar dan menggerunkan mengekoriku. Di belakangnya, seperti anak-anak ayam yang mendapatkan ibu, pekerja-pekerja berlari-lari anak memungut dan melontarkan sampah keperut lori. Ngaumnya cukup berkuasa.
Segera menerpa di kepalaku, sampah yang masih berselerak di dalam kilang. Langkahku pun kulontarkan ke hadapan. Dorongan ini, bukan mau meninggalkan langkah-langkah lain yang turut beriringan, tapi desa kan jam di tangan yang berlari sama pantas dengan degup di dadaku.
Aku pun menemui ketetapan dari kegegasan dan kekelam-kabutan begini. Langkah kakiku di pagi ini telah mengapungkan diriku ke dalam kancah hidup tikus-tikus bandar. Pernahkah aku terpikir tentang keujudan diriku di sini pada pagipagi sebelumnya?
Rasanya, apa yang pernah kualami, ialah melenting dari tidur yang enak, kemudian mandi seperti burung membasahkan bulunya, jamah sarapan yang disiapkan sejak malam sebelumnya dan mengatur langkah ke kilang. Kuulangi lagi rutin ini. Berulang dan berulang, untuk seribu tahun barangkali. Wajahku pun turut diwarnai asap-asap kilang dan bas yang sentiasa menerawang itu.
Rupa-rupanya, semua tikus-tikus bandar sepertiku telah memiliki warna kehidupan yang serupa hitam seragam dan terus kelam-kabut. Berhenti sebentar di simpang empat waktu menanti bertukarnya lampu isyarat, menyogokkan aku dengan sebesar-besar perubahan. Kilang tempatku bekerja, di hadapan mataku ini, telah mati dan kaku. Berlapuk dan usang. Bangunannya seakan dihuni oleh hantu-hantu yang dahulunya merupakan manusia-manusia dari tikus-tikus bandar sepertiku.
Selama hidup ini, aku tidak pernah mau percaya dengan biji mataku ini. Kutenyeh mataku berkali-kali dengan belakang tangan. Tiba-tiba sebongkah kertas ronyok telah berada di dalam genggamanku. Bagaimanakah kertas ini boleh berada di tanganku? Barangkali, aku telah membawanya dari rumah. Atau telah kupungut semada berjalan. Mungkin juga telah kukutip semasa menanti bertukarnya lampu isyarat di simpang empat ini. Itu semua hanya terlintas di ingatanku sekali-sekali saja.
Pikiranku lebih banyak dihantui oleh kilang tempatku bekerja yang telah usang itu. Mataku terus merekam bangunan kilang yang tiba-tiba tua dan mati. Di huni oleh hantu-hantu yang sesat dan terus berkeliaran karena semasa hidup mereka, manusia-manusia yang kini menjadi hantu itu telah memilih cara hidup tikus bandar.
Perhatianku beralih semula ke bongkah kertas di tangan. Ia masih berdenyut dan hangat. Waktu ini, aku mau percaya bongkah ini bukanlah cebisan kertas yang berharga, atau paling tidak, dapat dijadikan bahan bacaan semasa menanti bertukarnya lampu isyarat. Ia hanyalah sebongkah kertas ronyok yang layak dipanggil sampah. Dan kepercayaanku pun terus menebal. Ia memang sebongkah sampah.
Lampu isyarat pun bertukar. Sebelum menyeberang, tiba-tiba muncul keinginan di hatiku untuk melontarkan saja benda di genggamanku ini ke tempatnya yang abadi. Malangnya, tidak sejaring tong sampah pun kedapatan di simpang empat ini. Lori sampah yang menggerunkan itu telah membelok ke kanan untuk memungut sampah sarap dari daerah perumahan mewah. Di manakah mesti kucampakkan sampah ini?
Ah, untung sekali, semasa mencari-cari, (ketika itu juga telah pun kubatalkan niat untuk menyeberang jalan) tercegatlah seorang Marinyu Kesihatan Awam di sebelahku.
Dia memurahkan senyumnya di pagi ini dan mengamati diriku dengan asyik sekali.
“Adakah saudara pikir, saya patut menerimanya?” Tanya Marinyu itu.
“Sebaiknya begitu.” Kataku teragak-agak, “tambahan pula, saya tidak melihat adanya tong sampah di sini.”
Senyum di bibirnya makin dijaja-jaja.
“Baiklah, berikan kepadasaya.” Pintanya.
Tanpa teragak-agak, kuserahkan bungkah sampah di dalam genggamanku kepadanya. Sewaktu menyambut, ketawanya pecah tiba-tiba. Senyumnya telah terlalu laris di pagi ini. Lampu isyarat bertukar menjadi hijau lagi. Aku pun menyeberang. Baru tiga langkah, Merinyu itu memekik dari belakang.
Aku terhenti dan menoleh. Senyumnya bertukar menjadi kelat dan mukanya merah padam. Apakah dia sedang dikuasai perasaan marah?
Aku yang terhenti di tengah-tengah simpang memerhatinya dengan sejenis penantian yang amat aneh. Benarlah, Merinyu kesihatan Awam itu sedang marah. Tidak sukar untukku memahami perasaannya, kerana bongkah kertas yang kuserahkan kepadanya tadi, dilemparkannya kembali ke mukaku. Dia memang sedang marah. Tapi apakah yang menimbulkan kemarahan tiba-tiba itu?
Dalam berpikir-pikir begitu, aku tidak sedar, lampu isyarat telah bertukar lagi Membenarkan kendaraan berlalu. Aku yang masih tercegat di simpang empat ini, tidak percaya, Merinyu itu memerintahkan lori sampah yang membontotiku di lorong sebentar tadi, merempuhku.
Dengan sepenuh tenaga jentera yang dimiliki, dia menggilis tubuhku.
“Buangkan tikus bandar ini ke kilangnya.” Perintah Merinyu itu setelah semuanya kembali reda.
Kini, setelah menjadi hantu, penghuni kilang mati dan usang ini, aku turut percaya, kehidupan di sini memang berasal dari kekelam-kebutan dan keganasan tikus-tikus bandar yang hanya tahu tidur, bangun, berak, makan, kerja dan tidur semula.